Home » Best Network Marketing

Kelebihan Network Marketing

mamza 12 May 2009 Best Network Marketing 1,028 views No Comment

Hari ini ketika saya sedang mengkaji dan menambah info tentang Network Marketing, saya terbaca artikel menarik dari blog sahabat blogger iaitu blog saudara Jimmy Ray dan artikel tersebut saya ciluk bulat-bulat dan kongsikan di sini. Semoga info ini dapat memberi sedikit info kepada anda semua.

Barikut adalah beberapa ciri-ciri dan kelebihan Network Marketing yang ANDA perlu ketahui :

1. Jumlah pelaburan yang rendah - Kebanyakan syarikat Network Marketing hanya mengenakan caj yang nominal untuk menjadi ahli/pengedar iaitu di antara RM30 hingga RM520.
2. Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli yang rendah tidak memberi risiko yang besar untuk memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang tinggi.
3. Sebagai pekerjaan sampingan - Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan secara sambilan selain dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?
4. Masa yang fleksibel - Perniagaan Network Marketing dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.
5. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus - Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan Network Marketing.
6. Bekerja Dari rumah - Tidak memerlukan pejabat atau ruang iklan. Anda boleh mengendalikan perniagaan di rumah, malah di dalam kereta sekali pun.
7. Pembabitan keluarga - Jika anda mementingkan institusi keluarga, babitkan mereka bersama.
8. Tidak memerlukan pekerja tambahan - Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja.
9. Berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had - Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.
10. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan - Anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
11. Kebebasan untuk berpindah - Anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari pekerjaan lain sekiranya anda perlu berpindah ke tempat lain. Bonus anda tetap dihantar di mana sahaja yang dikehendaki.
12. Network Marketing berteraskan sistem latihan yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.
13. Hubungan persahabatan yang berkekalan - Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan mempunyai perkaitan dan matlamat perniagaan yang sama.
14. Percutian yang panjang, kerap, bila-bila masa sahaja - Perniagaan ini yang tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.
15. Tabung persaraan - Pendapatan lima angka dan perancangan kewangan yang bijak akan memastikan seseorang itu mempunyai simpanan yang mencukupi ketika waktu persaraan.

Atas sebab di atas juga, saya telah memilih MyWELA sebagai bisnes sampingan saya. paling penting kerana ini merupakan bisnes Network Marketing yang berbentuk eCommerce ataupun dijalankan 100% secara online.

Related posts:

  1. Kelebihan Network Marketing Secara Online Tidak dinafikan MLM adalah salah satu jalan yang mampu memberikan...
  2. Kenapa Saya Pilih Network Marketing? Semua orang tahu bahawa 9/10 daripada sumber rezeki itu datangnya...
  3. Bina Empayar Network Anda Hari Ini Menjalankan bisnes secara online merupakan jalan mudah untuk mendapat wang...
  4. 3 Cara Menjadikan Email Marketing Anda Berkesan Anda ke sini sudah pasti kerana anda adalah salah seorang...
  5. Apa Itu Viral Marketing Viral marketing adalah salah satu teknik untuk mempromosikan sesuatu. tak...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Have your say!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>