5 Sebab Gagal Online Bisnes
Pada posting kali ini, saya ingin mententuh beberapa aspek yang menjadi pemangkin pada kegagalan seseorang ynag berkecimpung dalam dunia bisnes internet. Maksud saya gagala mendapatkan duit dari internet. Apa yang disentuh ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, informasi dari kawan-kawan IM, dan forum-forum.
Secara amnya. ada 5 sebab kenapa seseorang itu gagal untuk mendapatkan duit dari internet.
- Tiada Fokus
- Tidak tahu minat, kecenderungan, dan kekuatan diri sendiri
- Kurangnya promosi
- Teknik yang digunakan tidak berkesan
- Ingin cari jalan mudah dan tidak mahu berusaha gigih

1. Tiada Fokus
Fokus merupakan aspek penting dalam menentukan kejayaan kita dalam bidang ini. Semakin banyak anda terdedah dengan dunia internet, maka semakin banyaklah peluang yang datang. Ada yang mendapat berpuluh ribu sebulan dari Clickbank, Ebay, Adsense, Network Marketing, Pengiklanan, Affiliate Program dan bermacam lagi program yang ada.
Sebagai newbie, kita sering terpengaruh. Baru je 2 minggu study pasal adsense, datang pulak member yang memberitahu Adsense susah, lambat dapat duit, cerewet dan menyarankan anda join Clickbank. Lantas anda mencuba pula Clickbank. 1 Bulan berkecimpung, tukar lagi dengan yang lain. 5 minggu telah terbiang begitu sahaja, tanpa ada hasil. Masa terbuang, tenaga terbuang..
Saranan saya untuk diri saya dan geng-geng Biznet semua, tetapkan fokus anda, dan pelajari selok beloknya dan jangan sesekali membuat banyak benda dalam satu masa. Apabila anda sudah stabil, then boleh le cuba yang lain.
2. Tidak tahu minat, kecenderungan dan kekutan sendiri
Sebenarnya perkara ini ada kaitan dengan fokus. Anda sebenarnya mempunyai sedikit pengetahuan tentang Affiliate Marketing, dan sedikit sebanyak merasakan Affiliate Marketing adalah lebih senag berbanding yang lain.
Tetapi disebabkan terpengaruh dengan kejayaan ZZ, maka anda mencuba Ebay. sedangkan anda tidak tahu pun berkenaan E-bay. At the end, Ebay pun anda gagal, dan Affiliate Marketing anda pun enrtah ke mana.
So, adalah penting kita selidiki kekuatan diri kita, minta dan kecenderungan kerana dengan cara ini kita akan lebih berusaha, lebih fokus, dan akhirnya kita akan bertahan lama dalam bidang yang diceburi.
3. Kurangnya Promosi
Promosi adalah nadi, tunggak dan elemenpaling penting dalam dunia Bisnes. Sehebat mana sesuatu program, sehebat mana sesuatu produk, dan sehebat mana sesuatu Rahsia, sekiranya tiada promosi, orang tidak akan mengetahuinya.
Dalam usaha promosi, anda seharusnya mengetahui teknik dan kaedah yang bersesuaian. Terdapat 1001 cara promosi baik yang berbayar ataupun yang percuma. paling penting adalah anda perlu membuat promosi pada kelompok orang yang cenderung pada niche anda.
Contohnya anda ingin promosikan Network Marketing kerana anda merasakan itulah peluang terbaik yang paling mudah untuk berjaya dalam dunia internet. Maka, seharusnya anda bergaul dalam forum kaki MLM, dan jangan sesekali mempromosikan bisnes nada itu dalam kelompok niche adsense atau clickbank.
Kesimpulannya, pilih la cara promosi yang sesuai dan paling penting anda membuat kajian keberkesanan teknik yang digunakan. Sekiranya teknik tersebut kurang berjaya, maka carlah teknik lain yang lebih memberikan keuntungan kepada usaha promosi anda.
4. Teknik yang digunakan tidak berkesan
ita seharusnya membuat analisis terhadap sebarang teknik yang digunakan. Sekiranya anda masih gagal dengan Affiliate Marketing, maka buatlah kajian. Kenapa Saudara Ammar boleh dapat income ribu rriban dengan Affilite Marketing, tetapi anda gagal.
Buatlah penelitian dari pelbagai aspek. Samada blog anda kurang menarik, mungkin teknik promosi yang tidak berkesan ataupun mungkin juga niche anda tersebut kurang sambutan.
5. Ingin cari jalan mudah untuk berjaya.
Internet Marketer yang telah berjaya bukannya hanya dengan 1 bulan usaha. Mereka sebenarnya telah betahun dalam arena ini. Merekan telah membina reputasi mereka dengan pelbagai cara yang ada.
Mereka bukannya melakukan SPAM melalui email, ataupin SPAM ke dalam forum ataupun blog rakan IM yang lain. Mereka mengumpul list sehingga berbelas ribu sedangkan anda langsung tidak mempunyai list.
Malah ada yang lebih teruk melakukan penipun di internet, join skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan lumayan dengan hanya menyediakan modal, skim piramid yang hanya menguntungkan orang atasan dan pelbagai program lain yang hanya menyediakan cara mudah untuk kaya.
Kesimpulannya, internet adalah platform terbaik untuk membina kejayaan kita terutamanuya bagi mendapat duit tambahan. Tetapi kita harus sedar betapa oarng yang fokus, rajin dan sentiasa berusaha hanya akan berjaya. jangan sesekali menyalahkan program orang, ebook yang dibeli dan jangan sesekali menyalahkan teknik dan peluang, kerana semuanya berantung kepada anda.
ASkhir sekali, hanya usaha yang vberterusan membezakan jutaan manusia di arena biznet ini.
Related posts:
- Fakta Asas Untuk dapat “Duit Online” Mendapat duit secara online adalah impian bagi semua orang yang...
- Mulakan Bisnes Online Anda Tahun 2008 merupakan tahun yang penuh bermakna bagi saya sebagai...
- Bisnes Pendidikan Atau Kesihatan? Seperti yang telah ramai sedia maklum, MLM merupakan salah satu...
- Panduan Affiliate Kejayaan mendapat duit secara online adalah amat berkait rapat dengan...
- Adakah MLM Satu Bisnes Yang Baik MLM ataupun Multi Level marketing merupakan satu cabang bisnes yang...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






Have your say!