Home » Headline

Sumber Pendapatan RM Untuk Blogger

mamza 19 December 2008 Headline 767 views One Comment

Ramai yang bertanya dan tertanya-tanya, apakah income yang boleh di buat melalui website/blog? Berapa banyak RM yang bakal diperolehi? Senang sangat ke nak buat duit di internet? Dan pelbagai persoalan yang bermain difikiran. Saya cuba memberi sedikit perkongsian tentang persoalan pertama iaitu:

“Apa sumber pendapatan daripada blog/website?”

Iklan. Contohnya daripada adsense dan nuffnang. Anda buat satu blog yang mempunyai kandungan yang bagus dan daftarkan blog anda pada adsense dan nuffnang. Untuk adsense, blog anda mestilah dalam bahasa orang putih manakala untuk nuffnang, mana-mana bahasa pun boleh.

Selepas pendaftaran, anda akan diberikan satu code. Tugas anda adalah untuk meletakkan kod tersebut pada blog/website anda. Maka akan muncullah pelbagai iklan di blog anda. Sesiapa yang klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat ganjaran.

Semakin ramai pengunjung ke website anda, maka semakin banyaklah pendapatan anda.

Menjual Produk. Pelbagai produk boleh dijual di blog/website anda. Antara produk yang boleh dijual adalah:

  • Produk digital hasil nukilan anda sendiri
  • Produk digital hasil tulisan penulis lain. Anda menyertai program affiliate dan bertindak sebagai agen. Setiap jualan yang dibuat, akan dibayar oleh pemilik produk tersebut.
  • Produk fizikal anda sendiri. Contohnya jual jam, baju, kasut, gelang, kain tudung dan perfume.
  • Menjual produk fizikal bukan milik anda. Anda boleh menyertai program affiliate seperti alat jimat letrik dan menjual produk daripada program MLM.
  • Menjual perkhidmatan anda. Contohya anda adalah seorang pereka garfik, maka anda boleh jelaskan kepakaran anda di website.blog anda.
  • Mempromosikan perkhidmatan bukan milik anda. Contohnya anda meyertai program affiliate milik hotel  agen pelancongan, dan banyak lagi perkhidmatan yang ada di luar sana.

Menyertai MLM Networking: Menyertai MLM Networking adalah cara yang terbaik untuk membina pendapatan secara online untuk jangka masa yang panjang. Program yang terbaik adalah program yang dijalankan secara online ataupun berbentuk eCommerce. Contoh yang terbaik adalah Gano eworldwide di mana MLM Networking in telah berkembang ke serata dunia. Prospek anda adalah semua orang bukan sahaja dari negara ini. Anda boleh bina blog dan berkongsi maklumat tentang Gano eworldwide ini. Cara ini merupakan cara yang mudah dan amat menguntungkan.

Bayangkanlah, pelbagai peluang mendapatkan RM ada sekiranya anda memiliki blog/website sendiri. Kedua-dua teknik di atas akan digunakan oleh blogger untuk memaksimumkan pendapatn dan menambah RM mereka. Ini adalah teknik yang digunakan untuk mengoptimumkan pendapatan anda. RM daripada iklan masuk,dan RM daripada jualan produk pun masuk…

NAMUN apakah makna dan nilai semua ini sekiranya blog /website anda tidak dikunjungi? Maka sia-sialah usaha anda ini………. Akhir kata dari saya pelajarilah banyak-banyak teknik membawa pelawat ke blog/website anda. Dan pelajarilah jugak teknik membuat website agar website/blog anda kelihatan hebat dan memukau. Salah satu panduan yang bagus adalah panduan yang terkandung di dalam Kit Blogger

Related posts:

  1. Hilangkan Navbar Untuk Blogger Ramai di antara kita yang mempunyai blog menggunakan paltform blogspot...
  2. 3 Bentuk Pendapatan Gaji Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis pendapatan yang anda...
  3. Website Untuk Iklan Percuma & Berbayar 9/10 punca kekayaan adalah perniagaan. Namun, perniagaan bukan hanya meletak...
  4. Fakta Asas Untuk dapat “Duit Online” Mendapat duit secara online adalah impian bagi semua orang yang...
  5. Promosi Dan Iklan di Mudah2u.Com Seperti yang kita semua tahu kunci kejayaan kita dalam perniagaan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

One Comment »

  1. Ya…klu kena caranya mmg masyuk…

Have your say!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>