Talian Fiber Optik Untuk Internet
Alangkah bertuahnya saya, mungkin juga anda kerana kerajaan telah mengumumkan tentang dasar baru mereka menaiktraf sistem talian internet di negara ini. Talian fiber optik bakal disediakan menghubungkan banyak tempat. INi bermakna, semakin ramai yang akan berkecimpung dalam dunia pernigaan internet dan ini merupakan sesuatu yang ditunggu buat saya dan rakan Internet Marketer yang lain.
Semakin ramai orang maka semakin majulah perniagaan internet kami dan semakin lebatlah pendapatan kami dengan internet. Dan pastinya, GDI akan terus meletup kerana semakin ramai yang ingin membuat website disamping menambah pendapatan melalui internet.
Kerajaan telah menyediakan infrastruktur komunikasi nasional yang canggih bagi menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan dengan gentian optik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui pelaksanaan itu para pelanggan Internet dapat menikmati kelajuan antara 10 megabit sesaat kepada satu gigabit.
“Jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu menyediakan platform bagi membangunkan aplikasi ICT untuk masa depan selain memberi peluang kepada rakyat, ahli perniagaan dan agensi kerajaan meningkatkan daya saingnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan ketika mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, infrastruktur berkenaan penting kerana kerajaan menyedari tidak ada negara yang boleh dimajukan tanpa mempunyai komponen teknologi utama.
“Negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, Switzerland, Sweden, Kanada dan Australia mendominasi senarai negara-negara yang terkaya di dunia bukan secara kebetulan.
“Negara yang telah memiliki kemajuan teknologi akan meneruskan kegemilangan mereka manakala mereka yang gagal mencipta inovasi dalam ekonomi akan ketinggalan,” kata beliau.
Atas sebab itulah, kata beliau, ia telah membawa kepada penubuhan MSC Malaysia iaitu satu inisiatif serta platform kepada aplikasi komunikasi teknologi maklumat (ICT) dunia sedang membangun dan melahirkan usahawan-usahawan seperti di Lembah Silikon.
”Sejak penubuhannya 13 tahun lalu, MSC Malaysia sekarang muncul sebagai hab ICT bertaraf dunia apabila lebih 2,000 syarikat beroperasi di sini dengan perolehan sebanyak AS$5 bilion setahun.
“Menyediakan 90,000 pekerjaan berkemahiran tinggi dan mengeksport barangan dan perkhidmatan bernilai AS$1.6 bilion,” katanya.
Tambah beliau, MSC Malaysia juga akan menjadi tumpuan kepada pembangunan multimedia kreatif dengan kewujudan 200 syarikat kandungan digital yang menjana pendapatan AS$200 juta selain menyediakan 7,000 peluang pekerjaan.
”Pencapaian itu tidak dapat dilakukan sekiranya segala peruntukan kewangan dan infrastruktur tidak disediakan oleh MSC Malaysia,” katanya.
Kata Perdana Menteri, MSC Malaysia yang memasuki pembangunan fasa ketiga mulai 2011 bukan sahaja perlu memberikan sumbangan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara malah menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh dunia pada masa ini.
”Kita mahu merapatkan jurang digital bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dapat memberikan sumbangan bagi melenyapkan sebarang jurang di mana-mana.
“Ini kerana kita telah dapat melihat bagaimana teknologi telah memberikan kekayaan yang besar selain menyelesaikan pelbagai masalah di serata dunia,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, bersesuaian dengan tema mesyuarat itu, ‘Inovasi Ekonomi: Menyediakan Laluan Untuk Kemakmuran’, anggota IAP memainkan penting dalam melakarkan masa depan teknologi di negara ini.
”Saya berharap kita dapat menetapkan strategi-strategi supaya MSC Malaysia dilibatkan dalam model ekonomi baru bagi mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.
Justeru, kata beliau, kerajaan telah mengambil langkah segera melakukan reformasi komprehensif ke atas pasaran modal selain memperkenalkan langkah liberalisasi sektor perkhidmatan.
Related posts:
- Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet Berita baik untuk semua, sebuah PLR untuk DOWNLOAD PERCUMA...Dapatkan Di...
- Azam Hebat Tahun 2010 Menjelang tahun 2010 ini, sudah pasti kita mempunyai banyak perancangan...
- Vemma- Pelan Terbaik Untuk Berjaya Melalui MLM Vemma adalah program terhangat MLM masa kini terutamanya di malaysia....
- Adakah MLM Satu Bisnes Yang Baik MLM ataupun Multi Level marketing merupakan satu cabang bisnes yang...
- Website Untuk Iklan Percuma & Berbayar 9/10 punca kekayaan adalah perniagaan. Namun, perniagaan bukan hanya meletak...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






Have your say!