Duit Oh Duit
Duit oh duit. Itulah yang selalu diperkatakan dan sering kali menjadi tajuk perbualan baik di kedai kopi bersama kawan, atau bersama isteri di rumah atau bersama rakan pelajar di sekolah atau universiti.
Hari ini, selepas penat bermain skuash bersama kawan, saya singgah di kedai Tomyam untuk menikmati minum panas. Dan sepanjang perbualan kami, saya tertarik untuk berkongsi satu konsep tentang duit.
Apa itu duit? D.U.I.T ………….. Ini yang telah diberitahu oleh kawan saya tersebut.
D - Doa
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal
Dalam perjalanan hidup, doa adalah sesuatu yang penting. Kadang-kadang kesibukan kita bekerja dan mencari duit, kita selalu lalai untuk bersembahyang apatah lagi untuk berdoa. NamunĀ doa semata-mata juga adalah tidak mencukupi tanpa disulamkan dengan usaha. Orang yang berjaya sebenarnya orang yang sentiasa berusaha tak kira siang dan malam. Dalam usaha juga, ikhtiar adalah suatu elemen yang penting. Ikhtiar mencari penyelesaian terbaik, iktiar menyelesaikan masalah, dan ikhtiar untuk terus maju dan berjaya. Dan akhirnya, tawakal kepada Illahi adalah jalan terakhir kita selepas kita berdoa, berusaha dan berikhtiar gigih.
Insyaalah dengan berpegangnya pada apa yang tersirat di sebalik D.U.I.T maka kita akan berjaya dan akhirnya memperoleh limpahan rezeki. SEkadar semangat yang berkobar, cita-cita yang mengunung tinggi dan impian seluas lautan, sekiranya tiada doa, usaha, ikhtiar, pasti kita akan gagal..
Related posts:
- Nak Duit Tapi Tak Bersungguh Menjana duit secara online kian menjadi trend masa kini. Tak...
- 5 Sebab Gagal Online Bisnes Pada posting kali ini, saya ingin mententuh beberapa aspek yang...
- Fakta Asas Untuk dapat “Duit Online” Mendapat duit secara online adalah impian bagi semua orang yang...
- Dapat Duit Hanya Dengan Klik Sejak akhir-akhir ini wujud satu trend baru dalam program menjana...
- PTC Duit Online- Update Bukti Bayaran Berikut adalah bukti bayaran oleh PTC Isabel Marco untuk setiap...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






Semoga kita ambil manfaat dengan definisi ni, supaya tak mudah terjebak dengan pelbagai program yang menjanjikan income lumayan tanpa ada usaha.
8 November 2009 at 3:20 am