Nak Duit Tapi Tak Bersungguh
Menjana duit secara online kian menjadi trend masa kini. Tak kira pelajar kolej, ibu di rumah, bos dipejabat, engineer di pelbagai sektor, masing-masing belajar dan cuba-cuba untuk menjana duit melalui internet.
Apa yang dibekalkan hanyalah keazaman, kesungguhan yang ala ala suam panas, dan semangat yang berkobar-kobar disebabkan melihat pelbagai bukti pendapatan otai-oatai dalam bisnes perniagaan internet ni.
Pada pendapat saya, ramai yang terjebak ke kancah dunia pendapatan secara online ini disebabkan terpikat dan tergoda dengan paparan cek, paparan akaun simpanan mereka yang dah berjaya. Ini adalah sebab pertama ramai yang berkecimpung dalam dunia pernigaan internet ini.
Namun setelah mereka melibatkan diri, setelah berhabis puluhan ringgit, ratusan ringgit malah ada yang berhabis ribuan ringgit, mereka dapati terlalu sukar untuk bergerak. Terlalu sukat untuk mendapat duit, apatah lagi untuk kembalikan modal yang telah dikeluarkan.
Kebiasaanya, pada ketika ini mereka menyedari bahawa amat susah untuk memperoleh duit melalui internet. Dan mereka mula keliru, kenapa ramai orang tunjuk bukti pendapatan , bergaya dengan kereta besar dan sebagainya.
Jawapannya adalah ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menjana pendsapatan dan ramai yang tahu tapi tidak bersungguh. Tatkala leader2 memberi tunjuk ajar, menghantar email untuk berkongsi teknik dan cara, mereka tidak endahkan. Ataupun sekadar membaca tanpa praktikkan apa yang diajar.
Dalam group GDI saya, saya telah memberi banyak ruang dan peluang untuk mengajat tentang cara membina website, namun ramai yang tak bersungguh. Mereka sekadar Join tapi tak mahu belajar dan manfaatkan pelaung yang ada.
So, tepuk dada tanya selera. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Mesti usaha bersungguh-sungguh, barulah kita beroleh kejayaan.
Related posts:
- Duit Oh Duit Duit oh duit. Itulah yang selalu diperkatakan dan sering kali...
- PTC Duit Online- Update Bukti Bayaran Berikut adalah bukti bayaran oleh PTC Isabel Marco untuk setiap...
- Dapat Duit Hanya Dengan Klik Sejak akhir-akhir ini wujud satu trend baru dalam program menjana...
- Fakta Asas Untuk dapat “Duit Online” Mendapat duit secara online adalah impian bagi semua orang yang...
- 5 Sebab Gagal Online Bisnes Pada posting kali ini, saya ingin mententuh beberapa aspek yang...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






Have your say!